Testing
HOW “NO WHY” AND WHY “NO HOW”
Ini universiti kita yang berkedudukan ke-111 di kalangan universiti dunia dan ke-2 (no yang nampaknya sangat baik) dalam Malaysia, berita yang begitu membanggakan dan menggembirakan segelintir warga USM (yang cepat berpuas hati). Setiap pemilihan dan kedudukan yang dibuat dalam senarai universiti terbaik berkenaan adalah berdasarkan lima indikator penting termasuk penyelidikan dan penulisan artikel, reputasi antarabangsa, staf akademik luar negara dan pengambilan pelajar antarabangsa (yang bermaksud pengambilan staf akademik dan pelajar antarabangsa akan meningkatkan kedudukan dan reputasi universiti, apakah relevannya). Persoalannya adakah ideologi sesebuah universiti diambilkira?
Kita balik kepada maksud Universiti, apakah yang dimaksudkan dengan universiti? Menara gading ini ramai orang yang beridam-idam untuk masuk. Tetapi apabila saya telah memasukinya, saya tertanya-tanya adakah ia sebuah universiti? Universiti ini seolah-olah untuk membaca buku dan menjadi pak turut saja. Menara gading ini terlalu ‘menjaga’ mahasiswa/inya (dari segi pemikiran dan bukannya kebajikan) dan dilayani seperti budak tadika. Universiti dahulunya merupakan tempat yang teragung dan terkenal dengan ilmunya yang bersanjung tinggi. Ia merupakan tempat untuk menyebarkan ilmu dan melakukan penyelidikan. Semua sarjana-sarjana berkumpul di situ untuk melakukan perbincangan.
Apa yang dapat kita perhatikan daripada universiti kita sekarang adalah, pertama, dari segi pensyarah. Pensyarah kita nampaknya hanya mengajar mengikut buku sahaja dan kekurangan kebebasan akademik, kalau adapun segelintir pensyarah (hampir pupus) yang berani melanggar peraturan tidak adil kerana pensyarah diwajibkan untuk menandatangani “aku janji” yang menandakan seseorang patuh kepada semua peraturan dan arahan universiti. Jika tidak dia akan diambil tindakan, lihatlah pemecatan pensyarah-pensyarah dari UM, Dr Terence Edmund Gomez, (kemudian dijemput balik) dan UUM, Dr Azly Abdul Rahman serta Dr Mutiara Mohamad, sudah dapat kita menyimpulkan universiti kita ini tidak lagi menggalakkan pensyarah-pensyarah mengembangkan pengetahuan dan intelektual mereka seperti universiti pada zaman 50-60an dan universiti terkenal di dunia seperti Oxford dan Cambridge.
Pihak autoriti universiti terlalu takut dan risau (menurut Confucius, hanya orang yang bersalah akan berperasaan begitu) pelajar yang berfikiran kritis (kerana mereka akan memperbaiki sistem yang teruk ini). Universiti hanya suka mahasiwa/i yang menjadi pak turut dan mematuhi segala arahan universiti (seperti kelab Aspirasi). Sebab pentadbir universiti sudah tahu mahasiswa/i yang tidak dapat membezakan kebenaran tidak akan mencabar pihak universiti walaupun banyak masalah dan kesilapan dibuat.
NO WHY, persekitaran universiti kita cantik dan lokasinya strategik tidak pernah diragui. Pemimpin negara maju bekalkan “first class facilities, first class management”(1X1=1, masih first class). Pemimpin Malaysia pula hanya mampu membekalkan “first class facilities, third class management”(1X3=3, dah kelas ketiga). Tapi universiti kita ini tak mampu mencapai slogan ini. Jika nak tanya kenapa, fasiliti dalam kampus adalah jawapan, “third class facilities, third class management (3X3=9, dah menjadi kelas kesembilan)”
Fasiliti lama sudah tidak dapat memenuhi permintaan pelajar dalam pembelajaran. Yang baru hanya fasiliti hiasan yang mahal lagi tiada nilai penggunaan sebenar. Dekan dan HEP beri sebab tiada pelajar pergi buat aduan, jika ada pun satu dua sahaja, maka bolehlah diabaikan. Mana wireless network pergi? Sudah juta-juta ringgit yang dilabur untuk menyediakan wireless network tetapi masih hanya terhad di tempat tertentu sahaja. Jangan tanya mengapa kerana tanya pun tiada jawapan. Dah masuk poket ke? Jangan fikir banyak juga, kerana lebih fikir, otak lebih sakit. Tapi, kalau tak tanya dan tak fikir, anak-anak, adik-adik dan junior-junior kita lagi tiada jawapan dan lagi sakit kepala
NO HOW, selepas konvo, latihan akan diberi kepada anda. Jangan bimbang walaupun gagal kerana pendidikan universiti sebagai kilang. Anda sebagai barangan “buatan Malaysia” ada jaminan dapat dikembali ke kilang untuk diproses semula atau menaik taraf perisian yang telah dibekalkan di kilang. Kilang universiti gagal dalam pelaburan sebanyak beribu-ribu juta ringgit dalam pendidikan untuk menghasilkan barangan yang berdaya saing. Suara hati barangan yang tidak puas hati tak dapat disampaikan kerana bos sibuk menetapkan peraturan baru untuk memastikan pasukan aspirasi universiti menang dalam setiap pilihanraya kampus.
Universiti yang macam mana menghasilkan pelajar yang semacam. Salahkah pelajar menganggur selepas graduate? Universiti kita, adakah kamu juga perlu bertanggungjawab? Akhir sekali, biarlah orang pendidikan terus mengajar; orang perdagang terus berniaga; orang politik masuk kilang kitar semula; dan mahasiswa-mahasiswi sekalian terus dalam Universiti Sains Malaysia.

2 Comments:
Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is
does watermelon have viagra effect viagra alternatives cost of viagra buy generic viagra viagra uk cheap purchase buy viagra pills buy viagra australian which is better cialis or viagra levitra vs viagra viagra strips viva viagra song free viagra samples before buying buy viagra in london england does viagra really work
Post a Comment
<< Home